Thursday 30 June 2011

Harammmmshit!!!!

Perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini oleh boneka-boneka pembangkang perlu dihentikan atau dihalang. Mastermind disebalik perhimpunan ini satu Malaysia dan dunia dah tau... Anwar Ibrahim. Jika tidak bagaimana pula dia boleh mengarahkan pada bila-bila masa Ambigos untuk membatalkannya jika PM berjanji untuk menunaikan permintaan Bershitttt. Sehingga hari ini, pelbagai lapisan masyarakat menyuarakan kekhuathiran dan ketakutan jika betul perhimpunan haram pembangkang ini terjadi. Takut terjadi kekecohan, kemusnahan dan yang penting takut negara terjerumus di dalam 'anarki' seperti terjadi di Timur Tengah dan Afrika. Yang pendek akal seperti Ketua AMK menyeru untuk berhimpun dan menjadikan perhimpunan seperti Mesir dan Tunisia perlu di 'cuci' akalnya agar tidak tersebar fahaman karut dan melampau. Masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya yang berniat untuk menyertai perhimpunan ini fikir-fikirkanlah semula, adakah anda mahukan negara kacau bilau?Adakah anda sedar 'tangan-tangan' ghaib cuba menyeresapi perhimpunan ini? Mereka-mereka yang ditahan oleh pihak polis terutamanya ahli-ahli sosialis di Tol Sg Dua, Butterworth baru-baru ini membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan dan norma masyarakat Malaysia. Sedarlah, polis bukan saja-saja nak menahan mereka (jika polis silap akan 'backfire' kepada kerajaan sendiri), dah buat salah maka perlu ditahan. Yang nak mempertahankan mereka dan menggesa polis membebaskan mereka ini perlu sedar akan undang-undang Malaysia, adakah pembangkang kebal terhadap undang-undang, cukuplah dengan kes Anwar Ibrahim yang dilihat berjaya meletakkan undang-undang Malaysia ditapak kakinya, janganlah pula bila tak puas hati terhadap sesuatu nak demonstrasi je. KDN perlu bertindak tegas mengikut undang-undang yang termaktub.
  Sedarlah juga masyarakat sekelian, bahawa parti pembangkang disebalik perhimpunan ini juga tidak bersih, pelbagai kekalutan didalam parti mereka sendiri terutama parti Anwar, adakah kita mahukan mereka-mereka ini menjadi pemimpin kita? Ingatlah setiap manusia melakukan kesilapan tetapi kesilapan itu untuk direnungi dan dimuhasahab terhadap diri. Perhimpunan yang pertama 4 tahun lepas tidak membawa kebaikan malah kekacauan maka kesilapan terdahulu tidak perlu diulangi. Ingatlah juga pihak polis terpaksa menjaga keamanan dan perhimpunan haram yang dijadualkan ini tidak terlepas dan pemantauan, adakah kita mahukan pihak polis duk saja dan biarkan???mungkin di dalam perhimpunan itu ada anasir jahat yang akan cuba melakukan kerosakan dan kejahatan seperti mencuri, merosakkan harta benda rakyat dan sebagainya (jenayah boleh berlaku dimana-mana). Anwar Ibrahim, hang sedarlah negara ini perlukan pemimpin yang ikhlas dan mendahulukan kepentingan rakyat keseluruhan bukan sebahagian sahaja. Masyarakat atas pagar tunggu sahaja bila PRU 13 nanti, hang akan tahu apakah pilihan rakyat nanti atau hang takut dengan undi rakyat????




P/S: Anwar, Ambigos dan Ketua AMK lingkup....takut undi rakyat PRU 13....ha ha ha  

No comments:

Post a Comment