Tuesday 5 July 2011

DAULAT TUANKU!!!

DAULAT TUANKU!!!


Daulat Tuanku! Dengan izin Allah, YDP Agong telah menitahkan agar keghairahan berpolitik oleh pihak-pihak tertentu tidak mendatangkan kemusnahan kepada negara.
  Titah Tuanku perlu di fahami dan di mengertikan oleh puak-puak pembangkang ini dalam ertikata bahawa tuanku tidak merestui demonstrasi haaaraammm ini diadakan. Tuanku lebih mementingkan perbincangan antara kerajaan dan puak-puak tu daripada puak-puak yang tidak puas hati buat demo haram. Kepada juak-juak pembangkang atau facebookers yang kurang ajorrr yang mahu komen terhadap titah tuanku, berhati-hatilah agar tidak dianggap sebagai 'Perderhaka' dan membangkitkan kemarahan rakyat.
  
Ambigos yang 'bengong' tu pulak beri syarat pulak nak jumpa Tuanku dan kalau Tuanku menitahkan dibatalkan demo baru mereka batalkan. Takkan tak faham lagi dengan titah Tuanku tempoh hari??? Tu la duk dengar cakap mcm-mcm orang dalam pembangkang, Nuar arah yang tu, Guan Eng arah yang ni, Mat Sabu lak pukul tong kosong arah yang lain... he he dah la mengngong di 'cucuk hidung' lak...
  
  Ada orang kata pasai pula NGO-NGO di Penang buat demonstrasi polis tak kacau dan boleh pulakk??? Mentang-mentang la nak hentam puak DAP,PASdan PKR, polis dan kerajaan Pusat biar saja!!! tu depa kata la... tapi persoalannya dari beribu-ribu laporan polis dan bantahan melalui akhbar, facebook, blog-blog dan boleh dikatakan rayuan oleh pimpinan negara dan polis agar BERSHITTT tidak diadakan, puakpuak tu berkeras jugak nak buat, siap ada gerakan subversif lagi disamping cetakan risalah, banner dan promosi yang menggalakkan demo harammmm BERSHITTT tu... ingatlah bukan setakat 100ribu ke 300 ribu yang dijangkakan akan hadir perhimpunan haram tu, tetapi berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang 'silent majoriti' yang akan menghukum juak-juak pembangkang dalam PRU 13 nanti.. Ada lagi ramai rakyat yang menyokong pengharaman BERSHIT dan berharap polis lebih tegas mengambil tindakan seperti yang dilakukan baru2 ini kepada ahli2 PSM...SYABAS POLIS.

   Syabas juga kepada Anwar Ibrahim yang berjaya mengalihkan tumpuan daripada masalah skandalnya di mahkamah dan di layar perak kepada perhimpunan haram ini (memang kepakarannya). Si Nuar ni hanya akan tunjuk muka bila masalah dah selesai dan mengatakan dia lah hero dan wira yang menyelesaikan masalah ini. seperti biasa 'typical' bagi sorang manusia bernama Nuar Berahim...


Thursday 30 June 2011

Harammmmshit!!!!

Perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini oleh boneka-boneka pembangkang perlu dihentikan atau dihalang. Mastermind disebalik perhimpunan ini satu Malaysia dan dunia dah tau... Anwar Ibrahim. Jika tidak bagaimana pula dia boleh mengarahkan pada bila-bila masa Ambigos untuk membatalkannya jika PM berjanji untuk menunaikan permintaan Bershitttt. Sehingga hari ini, pelbagai lapisan masyarakat menyuarakan kekhuathiran dan ketakutan jika betul perhimpunan haram pembangkang ini terjadi. Takut terjadi kekecohan, kemusnahan dan yang penting takut negara terjerumus di dalam 'anarki' seperti terjadi di Timur Tengah dan Afrika. Yang pendek akal seperti Ketua AMK menyeru untuk berhimpun dan menjadikan perhimpunan seperti Mesir dan Tunisia perlu di 'cuci' akalnya agar tidak tersebar fahaman karut dan melampau. Masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya yang berniat untuk menyertai perhimpunan ini fikir-fikirkanlah semula, adakah anda mahukan negara kacau bilau?Adakah anda sedar 'tangan-tangan' ghaib cuba menyeresapi perhimpunan ini? Mereka-mereka yang ditahan oleh pihak polis terutamanya ahli-ahli sosialis di Tol Sg Dua, Butterworth baru-baru ini membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan dan norma masyarakat Malaysia. Sedarlah, polis bukan saja-saja nak menahan mereka (jika polis silap akan 'backfire' kepada kerajaan sendiri), dah buat salah maka perlu ditahan. Yang nak mempertahankan mereka dan menggesa polis membebaskan mereka ini perlu sedar akan undang-undang Malaysia, adakah pembangkang kebal terhadap undang-undang, cukuplah dengan kes Anwar Ibrahim yang dilihat berjaya meletakkan undang-undang Malaysia ditapak kakinya, janganlah pula bila tak puas hati terhadap sesuatu nak demonstrasi je. KDN perlu bertindak tegas mengikut undang-undang yang termaktub.
  Sedarlah juga masyarakat sekelian, bahawa parti pembangkang disebalik perhimpunan ini juga tidak bersih, pelbagai kekalutan didalam parti mereka sendiri terutama parti Anwar, adakah kita mahukan mereka-mereka ini menjadi pemimpin kita? Ingatlah setiap manusia melakukan kesilapan tetapi kesilapan itu untuk direnungi dan dimuhasahab terhadap diri. Perhimpunan yang pertama 4 tahun lepas tidak membawa kebaikan malah kekacauan maka kesilapan terdahulu tidak perlu diulangi. Ingatlah juga pihak polis terpaksa menjaga keamanan dan perhimpunan haram yang dijadualkan ini tidak terlepas dan pemantauan, adakah kita mahukan pihak polis duk saja dan biarkan???mungkin di dalam perhimpunan itu ada anasir jahat yang akan cuba melakukan kerosakan dan kejahatan seperti mencuri, merosakkan harta benda rakyat dan sebagainya (jenayah boleh berlaku dimana-mana). Anwar Ibrahim, hang sedarlah negara ini perlukan pemimpin yang ikhlas dan mendahulukan kepentingan rakyat keseluruhan bukan sebahagian sahaja. Masyarakat atas pagar tunggu sahaja bila PRU 13 nanti, hang akan tahu apakah pilihan rakyat nanti atau hang takut dengan undi rakyat????




P/S: Anwar, Ambigos dan Ketua AMK lingkup....takut undi rakyat PRU 13....ha ha ha